Iklan

Kesan Fitnah Rafizi Ke Atas Tabung Haji.

Sebanyak RM500 juta wang simpanan dikeluarkan dari Tabung Haji (TH) sepanjang tahun lalu berikutan pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap institusi itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan tidak bertanggungjawab dilakukan wakil rakyat pembangkang menyebabkan 3,600 pendeposit menarik diri daripada pergi mengerjakan ibadah itu.

"Fitnah ini menyebabkan pendeposit melakukan tindakan itu, malah dalam ruang untuk alasan disediakan (dalam borang) mereka menulis 'saya hilang kepercayaan kepada Tabung Haji'," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sempena majlis Karnival Mahabbah Institusi-Institusi Agama sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Daerah Bagan Datuk di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di Bagan Datuk, Perak, Jumaat lalu.

"Bayangkan kalau duit TH dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang dan tanah, mana kita cari tunai (untuk pulangkan wang kepada pendeposit), nasib baik kita ada tunai yang mampu tampung," katanya.


Kerana termakan dakyah dan fitnah pembangkang, 3,954 pendeposit menutup akaun mereka di Tabung Haji dan 3,105 daripadanya bertindak menolak giliran haji mereka dalam tempoh satu hingga empat tahun akan datang.

Di kala Rafizi Ramli meraih RM23,690 bagi simpanannya di Tabung Haji, pendeposit terbabit hilang giliran menunaikan rukun Islam kelima dan jika mendaftar semula, mereka akan dianggap sebagai pendeposit baharu dan perlu menunggu hingga 83 tahun untuk giliran mereka.

Pendeposit terbabit mungkin bukan ibubapa kita. Bukan saudara mara mereka untuk kita terasa akan hakikat ini. Tetapi mereka terpaksa mendepani hari hari mendatang bersama kekesalan kerana termakan dakyah dan fitnah.

Ini dunia akhir zaman. Zaman fitnah. Zaman fitnah dianggap benar manakala kebenaran pula diambil remeh.

Bertaubatlah Rafizi. Mereka mungkin bukan saudara mara anda. Mereka bukanlah ibubapa anda tetapi dek nafsu politik, anda sanggup.

Bertaubatlah Rafizi. Bertaubatlah selagi hayat masih lagi dikandung badan. Mohonlah maaf kepada mereka ini. Jika kita tidak mahu membantu, cukuplah jika kita tidak membinasakan. Bertaubatlah. Kasihan pada pakcik makcik yang menabung bertahun-tahun. Kasihan mereka.

Sumber: My Nation News

Post a Comment

0 Comments