Iklan

Kit Siang 'kencing' Tony Pua



Kesian Tony Pua apabila ditipu hidup-hidup oleh idolanya yang juga Diktator DAP, Lim Kit Siang

Tony Pua percaya tidak pernah dalam sejarah negara ini pembangkang dibenar membentangkan rang undang-undang persendirian.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memberikan fakta salah itu kerana tidak puas hati kerajaan membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355.

Hakikatnya, Tony Pua telah diberikan fakta salah oleh Kit Siang atau dengan kata lain 'Tony Pua kena kencing'.

Sejarah Parlimen membuktikan dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh  Ahli Parlimen DAP, Ngan Siong Hing serta dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977.

Dua  Rang Undang-Undang Persendirian itu ialah untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967  serta  Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.

Kit Siang juga dibenar membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara 1973 pada tarikh yang sama.

Sama ada Tony Pua 'bodoh' atau diperbodohkan oleh Kit Siang tetapi nyata kedua-duanya mahu memperbodohkan rakyat Malaysia.

#PakatanproDAP

- Wakeup Malaya

Post a Comment

0 Comments