Iklan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI. #MOFComms


Alhamdulillah saya sempat mengucapkan selamat jalan kepada 420 jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Madinah malam tadi. Sebagai jemaah daripada Malaysia, saya harap mereka sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajan Arab Saudi dan mengikut arahan yang diberikan petugas Tabung Haji.

Saya juga bersyukur kerana jemaah Malaysia mendapat banyak keistimewaan dan pertimbangan khas daripada Kerajaan Arab Saudi, hasil hubungan yang sangat akrab di antara kedua-dua buah negara. Apabila Raja Salman melawat Malaysia baru-baru ini, baginda berbisik kepada saya bahawa beliau boleh memilih mana-mana negara untuk lawatan pertamanya tetapi telah memilih Malaysia.

 Lebih dari itu, Kerajaan Arab Saudi juga telah memilih untuk mewujudkan King Salman Centre for Global Peace di Malaysia kerana kita merupakan contoh negara Islam yang progresif, mementingkan keamanan, mengamalkan prinsip wasatiyyah dan memperjuangkan kepentingan umat Islam di peringkat antarabangsa.Alhamdulillah, kuota jemaah haji kita juga sudah bertambah kepada 30,200 jemaah atas permintaan yang saya tujukan kepada Raja Salman. Saya gembira kerana lebih ramai umat Islam di Malaysia akan berpeluang untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Tahun ini sahaja, Tabung Haji memperuntukkan RM260 juta untuk kos subsidi jemaah haji. Ini bermakna jemaah haji hanya perlu bayar RM9,980 dan kos selebihnya sebanyak RM9,570 ditanggung oleh Tabung Haji. Saya yakin jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan ini sudah banyak membantu umat Islam di Malaysia dalam memastikan kos melaksanakan haji kekal berpatutan. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak berhenti jadikan Tabung Haji ini sebagai modal politik kerana kegagalan Tabung Haji hanya akan merugikan umat Islam di Malaysia.Akhir sekali, kepada jemaah-jemaah haji semua, ambilah peluang ini untuk melakukan amal ibadat sebanyak mana yang terdaya dan janganlah lupa untuk mendoakan kesejahteraan Negaraku.

 Doakanlah agar Allah SWT sentiasa memberi rahmatNya kepada kita untuk terus menjadi negara yang aman dan disanjung tinggi oleh semua pihak.


Saya harap hajat jemaah haji semua untuk mendapat haji mabrur ditunaikan Allah SWT, Insya-Allah.

-NajibRazak.com

#MOFComms

Post a Comment

0 Comments