Iklan

Najib Bakar Semangat UMNO: Annuar

Ucapan dasar Presiden UMNO Najib Razak telah membakar semangat ahli parti bersiap sedia untuk menghadapi PRU14.
Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata Najib telah memberi 5 seruan yang dituju khas kepada jentera parti untuk memastikan kesiapsiagaan.


“Ini bermakna kita tak boleh berlengah lagi... semua jentera selepas perhimpunan ini kena tumpukan kerja-kerja parti,” kata Annuar.

Ucapan dasar Najib juga telah mengingatkan ahli-ahli segala usaha yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah. “Jika kita terus berusaha untuk mendapatkan mandat, lebih banyak lagi boleh dibuat untuk kesejahteraan rakyat.”

Beliau juga bangga dengan pendirian tegas Najib untuk menentang cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang boleh ditafsirkan mencemarkan kedaulatan Al-Aqsa.

Post a Comment

0 Comments