Iklan

PKR Hanya Bagi Khidmat 'Gincu' Di S'gor - Mat Taib

Bekas ahli PKR, Muhammad Mohd Taib atau Mat Taib mendedahkan parti Anwar Ibrahim itu sekadar menabur janji manis kepada rakyat Selangor.


Bekas MB Selangor itu berkata, realitinya banyak masalah rakyat yang gagal diselesaikan PKR sejak mentadbir negeri terkaya itu.

“Sebenarnya kerajaan PKR Selangor tiada  agenda yang konkrit menyelesaikan banyak masalah. Hanya  bagi perkhidmatan ‘gincu’ sahaja.

“Ada masalah banyak di negeri ini. Masalah sosial, dadah, penduduk bandar, setinggan, kualiti hidup rendah, cabaran banyak dan pusat maksiat bermaharajalela yang tidak pernah diselesai dan diuruskan dengan baik,” katanya di PAU2017.

Antara masalah yang gagal diselesaikan PKR di Selangor ialah krisis air, perumahan, pengurusan sampah dan rasuah.

Post a Comment

0 Comments