Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kerajaan MADANI harus melakukan sesuatu segera terhadap keadaan ekonomi negara.
Waktu untuk berbulan madu sudah habis.
Rakyat mahu melihat hasil dari Kerajaan PERPADUAN ini.
Selain masalah ekonomi melanda rakyat, nilai mata wang ringgit juga menjadi bualan dan indikator kesejahteraan ekonomi
Walaupun rakyat ada saham dalam kesalahan menukar Kerajaan yang baik kepada Kerajaan yang melingkupkan , namun rakyat juga penentu Kerajaan mana yang mereka kehendaki.
Sehingga saat ditulis ini , Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjadi sasaran banyak pihak.
Ini atas sebab Ketika menjadi pembangkang, Rafizi paling menonjol dalam mengecam tindak tanduk Kerajaan terutamanya tindakan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ada sahaja yang dilihat tidak betul oleh Rafizi.
Selain mengkritik apa sahaja , Rafizi juga konon kononnya ada Formula yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional Ketika itu.
RAFIZI RAMLI DIKENALI SEBAGAI ‘RAJA FORMULA’
Rafizi sentiasa sahaja ada Formula minyak, Formula siubsidi dan segala macam Formula semata mata untuk menafikan kebaikan kepimpinan Kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
Namun, sebaik sahaja diberi jawatan dan kuasa Menteri, sehingga hari ini, ekonomi negara bertambah tenat, Ringgit hilang nilai bahkan semakin parah
Rafizi nampaknya tiada jawapan atau Solusi kepada semua masalah ini.
Sudah setahun lebih berkuasa tetapi tidak Nampak apa apa buah hasil Kerajaan MADANI
Sekadar beri harapan dan beri bayangan keadaan negara akan jadi lebih baik sahaja.
Wang yang dibelanja dan disandarkan adalah wang lama sisa hasil pencarian Kerajaan DSNR dan bukan dari “new income”.
Sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim harus menukar Menteri Ekonomi dengan kadar seger sebelum Kerajaan MADANI terpalit dengan kegagalan yang dbawa olehnya.
UMNO seharus mendesak secara rundingan kerana kegagalan Rafizi memainkan peranan mengakibatkan nama Kerajaan yang UMNO ada bersama akan turut sama terjejas.
Rafizi sudah jadi liabiliti ekonomi.
Ini waktu bawa Solusi dan “result” bukan bercerita tentang formula yang tiada hasil
Tukar Rafizi atau Kerajaan MADANI berisiko ditolak pada PRU16.
Sumber : My TV Online
0 Comments