Iklan

Imigresen sahkan penemuan wang tunai RM13 juta dalam operasi maksiat.

TELOK KEMANG: Jabatan Imigresen hari ini mengesahkan wang tunai lebih RM13 juta telah ditemukan dalam operasi membanteras kegiatan tidak bermoral di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.



Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kira-kira RM11 juta ditemukan di dalam bilik di sebuah hotel manakala lebih RM1 juta lagi di sebuah rumah di bandar raya itu.
 
Beliau berkata, dalam operasi itu, seramai 17 wanita warga negara Filipina telah diselamatkan manakala tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang kegiatan tidak bermoral itu telah ditahan.
 
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan wang tunai itu milik siapa dan untuk tujuan apa.
 
“Saya inginkan tegaskan di sini bahawa kita komited untuk memutuskan rantaian kesalahan daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 4 Tahu 2017 di Akademi Imigresen Malaysia dekat sini hari ini. 
 
Serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen Sabah itu menerusi Op Gegar selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi berkenaan.
 
Hasil daripada serbuan itu, anggota penguatkuasa berjaya menemui wang tunai dianggarkan RM11 juta membabitkan dua lokasi iaitu sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Kota Kinabalu.

-Antarapos

Post a Comment

0 Comments