Iklan

Pakatan Harapan Jaring Gol Sendiri.

Kerana terlalu obses untuk menyerang kerajaan BN, Pakatan sering lupa membuat kerja rumah mereka dan akhirnya menjaring gol sendiri.


Terbaru, MP DAP Zairil Khir Johari cuba memberi gambaran kerajaan BN adalah korup apabila menyoal keputusan Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan 2 buku teks Inggeris melalui rundingan terus.

Dia berkata kerajaan patut membuat tender terbuka untuk 2 buku ini tetapi ini jelas menunjukkan dia tidak memahami isu ini.

Kedua-dua buku ini hanya mempunyai satu penerbit dan kerajaan terus berunding dengan mereka tanpa melalui orang tengah.

Tuduhan mereka sama seperti menyuruh kerajaan untuk membuat tender terbuka untuk air dan elektrik padahal hanya terdapat satu pembekal iaitu TNB dan syarikat air.

Pakatan hanya cuba memanipulasikan perkara-perkara sebegini dan menipu rakyat. Mungkin mereka patut tanya kerajaan DAP Pulau Pinang, mengapa tanah negeri dijual tanpa tender terbuka.

إرسال تعليق

0 تعليقات