Iklan

2017: Era Baharu Rangkaian Pengangkutan Lebih Cekap di Malaysia


Menerusi pengenalan sistem perundangan e-hailing (e-panggilan) bagi perkhidmatan perkongsian pemanduan dan inisiatif kerajaan meluaskan dan menambah baik pengangutan awam sedia ada, industri pengangkutan pada 2017 pesat berkembang berbanding setahun lepas, memperkenal era baharu rangkaian pengangkutan yang lebih cekap bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kualiti hidup.

Sejak 2010, kerajaan terus bekerja keras bagi membolehkan orang ramai menikmati sistem pengangkutan betaraf dunia dengan memperkenal teknologi terkini dalam kemudahan yang ditawarkan.

Selepas beberapa tahun dianggap beroperasi secara tidak sah kerana beroperasi tanpa lesen bagi mengangkut penumpang, Uber dan GrabCar kini beroperasi secara sah susulan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang e-hailing pada Julai 2017, yabng membolehkan kerajaan mengawal selia operator perkhidmatan berkenaan.

Menerusi undang-undang baharu itu, pemandu e-hailing perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan berjadual ke atas kenderaan dan mempamerkan kad keselamatan Suruhanjaya Pengangkutan Darat.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial pula mengawal selia pemandu di Sabah dan Sarawak berasaskan peraturan yang sama yang dikenakkan ke atas pemandu teksi konvensional.....

Post a Comment

0 Comments