Iklan

Bas Elektrik Di Putrajaya Tahun Depan


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya kini dalam usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam kepada khidmat bas elektrik bermula tahun depan.

Perkhidmatan bas elektrik ini adalah usaha menggantikan penggunaan bas gas asli (NGV), sejajar langkah menjadikan Putrajaya bandar hijau, sekaligus mengurangkan pencemaran karbon, bunyi dan mengelak kesesakan jalan raya.

Sistem perhubungan kenderaan awam yang cekap penting kerana Putrajaya adalah salah satu daripada hab yang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan awam termasuk rangkaian kereta api moden,  Mass Rapid Transit (MRT) laluan kedua dari Putrajaya Sentral ke Sungai Buloh, Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Post a Comment

0 Comments