Iklan

MCA Akui UMNO Bukan Anti Cina

Selama ini DAP menuduh UMNO parti perkauman dan anti Cina tetapi hari ini MCA telah menangkis tuduhan itu.
Presiden MCA, Liow Tiong Lai secara jujur mengakui UMNO bukan parti anti cina atau parti perkauman.


Katanya, UMNO dan MCA telah berkerjasama sejak sebelum merdeka dan bersama-sama memajukan negara dan memperjuangkan untuk semua kaum.

"Walaupun UMNO dan MCA parti berasaskan kaum tetapi kita tidak rasis.
"Teras BN ialah kita saling menghormati, bersatu dan berpegang kepada konsensus," katanya  selepas perasmian PAU2017.

إرسال تعليق

0 تعليقات