Presiden UMNO Najib Razak sepatutnya tidak perlu berucap apabila beliau dan isteri Rosmah singgah ke persidangan agung Wanita UMNO tengahari tadi.
Sepatutnya beliau hanya menyampai anugerah Ibu Terbaik Bangsa, tetapi beralah melihat perwakilan Wanita UMNO begitu teruja untuk beliau berkata sesuatu.
Secara spontan, PM Najib berkata beliau sangat senang hati dengan pencapaian Wanita UMNO dan meletakkan harapan tinggi kepada sayap parti itu untuk membantu BN di PRU 14 nanti.
“Saya menghargai peranan wanita dan sebab itu kalau kita menang besar, kita akan pinda perlembagaan negara untuk khaskan 30% daripada Dewan Negara kepada wanita,” kata Najib yang disambut dengan sorakan dan tepukan oleh perwakilan.
Sikap “sporting” sebeginilah yang membuat Najib disenangi penyokong akar umbi terutama golongan wanita yang kian diberi perhatian.

0 تعليقات