Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) yang akan berlangsung di PWTC bermula esok sehingga 9 Disember menampilkan pelbagai pembaharuan.
Antaranya perwakilan tidak lagi diberikan penyata persidangan seperti sebelum ini kecuali kepada ketua bahagian, setiausaha dan MT bagi mengurangkan penggunaan kertas.
Selain itu, penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) untuk memudahkan perwakilan mendengar perbahasan lebih jelas juga akan diperkenalkan.
Seramai 5,739 perwakilan dari 191 UMNO bahagian akan menyertai persidangan PAU2017.
Acara rasmi akan bermula dengan taklimat Presiden dan diikuti Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.
Pada 6 Dis akan berlangsung persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala malamnya pula mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO.
PAU2017 penting sebagai persediaan menghadapi PRU14 tahun depan.

0 Comments