Iklan

Pelajar Harus Berani Memimpin

Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara yang balik ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agong UMNO diingatkan untuk membetulkan niat mereka.


Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berucap demikian dihadapan hampir 40 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara, petang tadi di PWTC sempena PAU.

Beliau berkata bahawa niat untuk pulang ke Malaysia bukan untuk bercuti, namun untuk berjuang atas nama agama.
“Balik kerana pejuangan keagamaan, UMNO adalah alat, matlamatnya adalah Islam”, kata beliau.

Tambah beliau, pelajar harus berani dan mempunyai sifat kepimpinan. “Bukan hanya jaga orang Melayu, tetapi jaga kawan-kawan bukan Melayu”, tegas beliau.

إرسال تعليق

0 تعليقات