Iklan

Pembangkang Yang Hasut Perkauman

Presiden UMNO Najib Razak berkata parti sentiasa galakkan kesepaduan nasional dan saling menghormati antara kaum.


“Di sisi kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah anak-anak 1MALAYSIA,” katanya dalam ucapan dasarnya di PAU2017.

Beliau berkata sebenarnya pembangkang yang berfikiran politik sempit dalam isu perkauman.

Najib berkata seorang bekas PM masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.

“Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, 'MAMAK MALABARI' dari 'KERALA' pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pula kita suruh pulang,” katanya.

Memanglah Najib menyindir Tun M. Tapi penyokong Pakatan tidak perlulah meroyan kerana apa yang disebutkan oleh Najib adalah benar. Sebelum kutuk orang lain cuba cermin diri sendiri dahulu.

إرسال تعليق

0 تعليقات