Iklan

Politik Kebencian Perlu Ditolak

Anak muda perlu menolak pakatan kerana pendekatan politik kebencian serta retorik yang diguna pakai oleh mereka disebar luas.


Ketua Penerangan Umno Malaysia Annuar Musa berkata dakwaan anak muda tidak lagi mahu bersama Umno hanyalah omong kosong memandangkan pertambahan ahli baru.

“Penyertaan baru ahli Umno di kalangan anak muda telah menjangkau lebih dari satu juta orang di mana 700,000 sebagai Pemuda dan 500,000 sebagai Puteri.

“Ianya adalah penyertaan teramai anak muda dalam sesebuah parti bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia,” kata Annuar semasa bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’.

“Oleh itu mereka sebenarnya mahukan kerajaan berfungsi seperti yang dinyatakan Abraham Lincoln, iaitu sebuah kerajaan yang dapat memberi faedah kepada rakyat kerana mereka dibentuk melalui rakyat dan datangnya mereka (pemimpin) juga dari rakyat.

“Kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat dan idea-idea mereka tetapi ianya perlu berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.”

Panel anak muda dalam program ini terdiri daripada Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Nor Fazlin, Pengarah Operasi MALAYA Farhan Khairuddin, Pengerusi Kelab UMNO Wellington Hanis Syazan dan Syazwan Shah yang merupakan Pengerusi Kelab UMNO London.

إرسال تعليق

0 تعليقات