Iklan

UMNO Bukan Anti Cina - Najib

Presiden UMNO, Najib  Razak menegaskan parti itu bukan anti kaum Cina dan bukan parti bersifat perkauman.


Menurutnya segala persepsi tersebut hanya disebarkan Pakatan  untuk memberikan imej buruk kepada UMNO.

Katanya, kaum Cina dan India terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan.

“UMNO sebetulnya kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi,” kata Najib ketika berucap merasmikan PAU2017 di PWCT hari ini.

Kata Najib,  perang persepsi dimulakan pada Piliharaya Umum ke-13 dengan pelbagai berita palsu seperti 40 ribu pengundi hantu diimport dari Bangladesh.


إرسال تعليق

0 تعليقات