Dalam usaha melawan rejim kleptokrat, kita parti-parti anggota dalam Pakatan Harapan sewajarnya mengambil sikap berlapang dada dan matang dalam berpolitik. Menyedari akan hakikat itulah, BERSATU tidak akan bersikap apologetik dan akan terus komited dalam usaha menamakan Pengerusi Pakatan Harapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia menjelang PRU-14 setelah mengambil kira pengalaman serta rekod cemerlang Tun Dr. Mahathir memimpin negara sejak 1981-2003.
BERSATU juga sedar akan hakikat bahawa rakyat khususnya orang Melayu akan menjadi kuasa penentu kalah menang Pakatan Harapan dalam PRU-14 kelak. Sememangnya Tun Dr Mahathir ternyata sangat popular dan mendapat sokongan padu orang Melayu luar bandar (rural Malays) berbanding calon Perdana Menteri KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah wajar seorang yang punyai rekod songsang diangkat menjadi Perdana Menteri kepada lebih 30 Juta rakyat Malaysia?
Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa Anwar Ibrahim bukanlah menjadi keutamaan Pakatan Harapan. Malaysia adalah milik rakyat jelata dan sudah tentu ianya bukan berkisar tentang seorang individu yang juga seorang banduan.
Untuk mengorak langkah ke arah kemenangan pada PRU14, kita selaku ahli anggota Pakatan Harapan sewajibnya akur sepenuhnya kepada setiap arahan yang diberikan oleh Pengerusi Tun Dr. Mahathir. Ini adalah kerana beliau menpunyai ‘track record’ cemerlang mengemudi sebuah koalisi ke arah kejayaan dalam 5 PRU.
Jika KEADILAN masih dengan pendirian untuk menjulang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka selayaknya keluar dan berhenti menjadi parti anggota Pakatan Harapan dan mereka dicadangkan bergabung dengan parti lebai PAS sahaja.
Ayuh membina Malaysia Baru bersama Ayahanda Tun!
DATUK DR RAIS HUSSIN,
AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PPBM
KETUA BIRO STRATEGI & POLISI PPBM
0 تعليقات