Iklan

AGM Parti Bunga Syok Sendiri?


Penyokong parti bunga PPBM terpinga-pinga menyaksikan kesilapan demi kesilapan dalam pengurusan parti walaupun pucuk pimpinan terdiri daripada ahli politik veteran seperti top dog Pakatan Tun M dan Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, ROS beri amaran pada PPBM kerana melakukan 3 kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa mengikut peruntukan perlembagaan.

Terbaharu, didapati mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama PPBM tidak mengikut perlembagaan kerana tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM itu. Lebih teruk perhimpunan untuk sayap Pemuda dan wanita juga tidak diadakan.

Patutlah ada ahli yang mahu Tun M keluar parti kerana AGM yang dilangsungkan seperti “syok sendiri” untuk memperjuangkan kepentingan peribadi orang atasan. Tiada langsung inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Kalau parti bunga sudah tidak suka dan UMNO juga tidak mahu terima balik, Tun M nak pergi mana? Mungkinkah DAP?

إرسال تعليق

0 تعليقات