Iklan

Aku Janji Kerajaan Persekutuan: Membina Ekonomi Mapan, Dinamik & Inovatif


Kerajaan di bawah pimpinan PM Najib Razak terus melangkah kehadapan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia sekaligus memajukan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan misalnya telah membina ekonomi yang mapan, dinamik dan inovatif melalui program-program tertentu dalam melaksanakan agenda kemajuan ekonomi ini. Antaranya, melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), Insentif Khas Perniagaan Kreatif dan Inovatif, Agro Bazar Rakyat 1Malaysia serta MyFarm Outlet yang membekalkan pelbagai peluang perniagaan dan keusahawanan kepada rakyat.

Kerajaan turut memperkasakan beberapa program lain seperti Pelan Transformasi SME bagi meningkatkan sumbangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) kepada negara dan juga pelaksanaan Program Keusahawanan Bumiputera yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana badan-badan ini bertanggungjawab memberikan pembiayaan dengan jumlah tertentu kepada usahawan yang layak.

Post a Comment

0 Comments