Iklan

Malaysia Destinasi Pelancongan Yang Tidak Selamat?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia kini tidak selamat berikutan laporan ia disenaraikan sebagai negara berisiko serangan pengganas oleh Kementerian Luar (FCO) United Kingdom (UK), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.pertia
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi jaminan bahawa Malaysia masih menjadi destinasi selamat kepada pelancong dan terkawal daripada ancaman serangan pengganas.
Beliau berkata selain daripada kecekapan pihak berkuasa tempatan untuk menangani segala situasi ancaman, PDRM juga sentiasa menjalin kerjasama dengan agensi keselamatan luar negara bagi menghadapi sebarang ancaman pengganas di negara ini.
“Buat masa ini saya beri jaminan tindakan pencegahan berterusan sentiasa diambil polis untuk mengekang sebarang serangan pengganas.”

SUMBER :

Post a Comment

0 Comments