Malaysia menduduki tangga ke-5 di antara 24 negara di dunia yang dipilih sebagai syurga pesara berdasarkan kos hidup, persekitaran politik, manfaat persaraan, cuaca dan penjagaan kesihatan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh InternationalLiving.com, Malaysia mempunyai kriteria persaraan yang membahagiakan dan berjaya sehingga menjadi antara destinasi unggul dunia untuk pesara; sekaligus menjadi negara Asia Tenggara utama pilihan mereka yang telah bersara.
Negara yang menduduki tempat teratas adalah Costa Rica yang dikatakan paling ideal untuk pesara kerana kadar jenayah yang rendah serta negara ini memberi fokus kepada penjagaan alam sekitar dengan 25% daripada kawasan negara tersebut dilindungi.
0 تعليقات