Iklan

Pakatan Salah Tentang Forest City


Mereka yang menyerang projek Forest City tidak menyedari kepentingannya dan hujah mereka juga seolah mendahulukan kepentingan Singapura, bukan Johor atau Malaysia.

Sebabnya:

1) Jika Johor tidak buat projek itu, pembeli akan ke Singapura dan Malaysia tidak akan dapat ratusan juta daripada cukai dan banyak modal akan ke Singapura kerana rakyat Malaysia merupakan pembeli hartanah perumahan kedua terbesar di Singapura.

2) Bila siap, peniaga tempatan akan untung akibat permintaan dan kuasa membeli orang-orang kaya di Forest City.

3) Tanah Forest City adalah tanah tebus guna. Keluasannya cuma 0.01% keluasan Johor.

4) Orang asing bukan beli tanah. Mereka hanya beli kondominium hak milik strata.

5) Jika Malaysia tidak bina Forest City, Singapura mungkin akan membina projek itu, memandangkan Singapura pernah menebus guna tanah secara agresif sebelum ini.

6) Ia hanya 40 minit dari kawasan pusat perdagangan Singapura.

7) Forest City merupakan tanah paling dekat dengan Singapura. Projek itu tidak akan semegah atau menarik pelabur jika ia terletak di tempat lain di Malaysia.

8) Forest City masih bawah kerajaan negeri dan kerajaan Johor boleh merampas tanah bila-bila masa jika perlu.


إرسال تعليق

0 تعليقات