Iklan

Ini Bukti PENYAMUNAN aka Pemindahan Saham Syarikat Milik TH Kepada SPV

PEMINDAHAN ASET TABUNG HAJI, RAKYAT MELOPONG?


Sebelum ini kita dedahkan senarai saham syarikat2 yg merupakan aset berharga milik Tabung Haji ( TH) yg telah berpindah milik atau lebih tepat lagi, telah DIJUAL kepada SPV, iaitu sebuah entiti baru yg ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia di bawah arahan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan...


Malangnya, masih ramai yg enggan percaya, kononnya ini semua hanya propaganda jahat yg dibuat tanpa sandaran kpd mana2 sumber yg sahih... Maka, untuk pendedahan kali ini, aku akan sertakan bersama bukti yakni pengumuman yg dibuat oleh Bursa Malaysia berhubung transaksi perpindahan milikan saham ini...

Aset-aset TH dalam bentuk pegangan saham/ekuiti yang telah mula dipindahkan ke SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd pada 28hb Disember 2018 adalah seperti berikut:

1. CSC Steel Berhad - 27,281,800 unit

2. Adventa Berhad - 14,335,900 unit

3. Eastern and Oriental Berhad - 94,248,000 unit

4. Hapseng Plantation Berhad 66,074,500 unit

5. Dayang Enterprise Berhad - 76,367,600 unit

6. Malakoff Corp Berhad - 500,000,000 unit

7. Integrated Logistic Berhad - 20,584,783 unit

8. Star Media Group Berhad - 39,806,300 unit

9. Mahsing Berhad -139,994,900 unit 

10. MMHE Berhad - 105,619,000 unit

11. KSL Berhad - 71,800,000 unit

12. Puncak Niaga Holdings Berhad - 44,073,600 unit

13. Lion Industries Corporation Berhad - 44,026,800 unit

14. Parkson Holdings Berhad -105,908,219 unit

15. Pintaras Jaya Berhad - 11,352,100 unit

16. UEM Sunrise Berhad - 348,871,500 unit

17. IJM Corporation Berhad - 227,307,500 unit

18. MCT Berhad  - 133,480,000 unit

19. Pelikan International Corporation Berhad  - 157,185,498 unit

20. Icon Offshore Berhad - 103,611,268 unit

21. TH Heavy Engineering Berhad - 334,162,107 unit

Kemungkinan besar akan ada lagi pemindahan aset ekuiti/saham TH yang bakal dilakukan pada hari isnin (31hb Disember 2018) iaitu hari akhir dagangan bagi tahun 2018, kerana kriteria yang digunakan untuk meletakkan aset ekuiti TH itu sebagai 'underperforming share' iaitu:

Mana-mana pegangan saham yang telah jatuh lebih daripada 20% daripada harga nilaian asal yang dibeli oleh TH.


Dan setakat hari ini belum nampak lagi tanda2 pemindahan saham FGV yang dipegang oleh TH ke dalam SPV, yang mana melebihi nilai 20% pada tafsiran 'paper loss'.

Lagipun ekuiti akan mewakili 80% daripada RM19.9 Billion aset TH yang akan dipindahkan ke dalam SPV.

Jika berminat, pembaca dan aktivis politik pro-UMNO dan PAS boleh menyemak dipautan ini pada hari Isnin nanti bagi melihat jika ada lagi pemindahan aset yang melibatkan saham TH yang berlaku di Bursa Malaysia:



Sama-samalah kita perhatikan berapakah angka rizab-rizab lain TH pada laporan kewangan 2018 yang akan dikeluarkan tahun depan nanti kerana di dalamnya adalah terdapat rizab nilai saksama sekuriti (fair value securities), mewakili aset-aset ekuiti TH yang telah/akan dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, yang mana berdasarkan daripada laporan kewangan 2017 berada pada tahap nilaian harga 'paper loss' - RM4.5B.

#Cinasia
#Sahab

Post a Comment

1 Comments