Semasa ucapan Tahun Baharu, saya memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara kita.
Masa itu juga, Guan Eng bersungguh kata petunjuk ekonomi untuk 2019 adalah sangat menggalakkan.
Tak sampai seminggu, Guan Eng membuat pusingan U lagi dan sekarang dia kata 2019 ialah tahun mencabar untuk ekonomi Malaysia.
Ekonomi negara pun nak U-Turn?
Mungkin tak pernah berlaku dalam sejarah di mana Menteri Kewangan sebuah negara boleh konar baring setajam ini.
Sekejap ekonomi negara sangat menggalakkan.
Sekejap ekonomi negara mencabar.
Penganalisa ekonomi dan pelabur-pelabur asing pun pening.
Apabila Ada Kenyataan Dari Menteri Minta Rakyat Agar Tidak Panik Dengan Keadaan Ekonomi Semasa, Itu Bermakna Petanda Buruk Kepada Negara...
Nampaknya kerajaan PH sudah panik mengenai keadaan ekonomi yang jelas menurun secara tiba-tiba selepas PRU14.
Tetapi Timbalan Menteri DAP seru rakyat tidak panik dan memberi jaminan eknomi tidak akan mengalami kemelesetan.
Ini ekoran dari pelbagai berita, data, unjuran dan analisa ekonomi yang negatif mengenai ekonomi Malaysia baru-baru ini.
Sebagai permulaan, kerajaan PH perlu menghentikan penipuan bermotif politik mereka bahawa hutang kerajaan lebih dari RM1 trilion kerana ini telah menyebabkan banyak pelabur lari dari Malaysia.
Sumber : FB Page Najib Razak
0 تعليقات