Iklan

Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen...


6 Januari 2019

Pukul 8 pagi ini, saya berkunjung ke Pasar Datuk Keramat untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di sana.

Ini papan harga telur di pasar pagi tadi.

Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik.

Menteri yang jaga telur itu sudah ke mana?

Peniaga itu juga rungut harga ayam naik. Sebelum ini RM7.50, hari ini RM8.50.

SST akan turunkan harga barang. Bukan begitu, Tony dan Guan Eng?

PH dah menang, rakyat sudah senang kononnya.

Ramai merintih harga barang naik dan bantuan rakyat dikurangkan.


Susulan daripada pendedahan yg dibuat oleh DS Najib, menteri KPDNHEP telah memberi jaminan bahawa satu siasatan berhubung isu ini akan segera dibuat...

Persoalannya, apakah mekanisme yg digunakan oleh menteri pertanian sebelum ini dalam menentukan turun naik harga barang seperti telur ini? Adakah pengumuman penurunan harga telur yg dibuat dalam satu sidang media khas oleh menteri sendiri sebelum ini hanya berdasarkan kepala hotak dan rasa hati sendiri sahaja? Ini sebenarnya yg patut disiasat, samada kredibiliti menteri dari PH masih boleh diyakini oleh rakyat, atau tidak...

Sumber  : FB Page Najib Razak

Post a Comment

0 Comments