Iklan

Sejak Bila Proses Penamaan Calon PRK Jadi Sebahagian Tugas Rasmi Menteri Pertahanan?


Sebelum PRU14, DAP dan BERSIH sering menuduh kerajaan BN dahulu menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan pilihanraya.

Mereka kata ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang SPR.

Gambar-gambar Menteri Pertahanan Mohamad  Sabu menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada hari Sabtu dan menerima pelbagai kritikan orangramai.

Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang telah dirancang awal.

Tetapi pada hari yang sama pula, Mat Sabu dinampak hadir semasa proses penamaan calon untuk Pilihanraya kecil Cameron Highlands untuk memberi sokongan kepada calon PH dari parti DAP.

Sejak bila proses penamaan calon parti DAP sudah menjadi urusan rasmi Kementerian Pertahanan?

DAP dan BERSIH tak nampak? Masih bisu?

Atau Mat Sabu akan claim duit minyak untuk helikopter dari DAP nanti?

Mat Sabu jangan malu nak claim dari Kit Siang.

Sumber  : FB Page Najib Razak

Post a Comment

1 Comments

  1. Casinos Near Casinos with Casinos Near Me - MapyRO
    Looking for the nearest 전주 출장샵 casinos to 속초 출장샵 Casinos Near Me? Mapyro 포천 출장안마 provides the 고양 출장샵 most accurate 익산 출장안마 and unbiased reviews on all casino sites in the USA.

    ReplyDelete