Iklan

1MDB Menjana Kekayaan, Sedangkan Skandal Forex Melenyapkan Tidak Kurang RM33 Bil Wang Negara...



Ada yang kata Najib patut bertanggungjawab ke atas 1MDB sebab Najib adalah PM masa itu.

Tapi siapakah yang patut bertanggungjawab ke atas kehilangan dana BNM sebanyak RM33b akibat skandal forex? Menteri kewangan dan Perdana Menteri masa itu patut bertanggungjawab secara penuh tak?

Sekurang2nya, semua dana 1MDB yang dikatakan hilang sudah didapati kembali dan masih ada aset-aset bernilai yang boleh jana keuntungan besar seperti TRX bernilai RM40b, Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion dan tanah di Pulau Pinang yang bernilai RM2 bilion. 

1MDB juga membantu selesaikan perjanjian berat sebelah IPP yang rugikan negara sebanyak RM15b setahun, membina dan naik taraf 8 pangkalan udara termasuk membina pangkalan udara Sendayan yang begitu besar serta membina sistem terowong bernilai RM3b di bawah daerah TRX yang dikatakan akan menurunkan kesesakan trafik di sana sebanyak 30%.

Najib juga bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk membuat perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semula sehingga US$7 bilion sebelum Disember 2020 tetapi perjanjian tersebut dibatalkan oleh kerajaan PH selepas PRU14.

Tak sama dengan kehilangan RM33b (bersamaan dengan nilai RM200b sekarang) skandal forex. Satu bulu dan satu habuk pun tidak dikembalikan. Satu manfaat pada negara pun yilek.

Lagipun, kehilangan rizab BNM yang begitu besar pada awal tahun 1990an masa itu juga telah melemahkan negara sehingga negara terkesan teruk dengan Krisis Asia Ekonomi tahun 1997-1998.

Sumber.  : Lim Sian See

Post a Comment

0 Comments