Iklan

5 Kes Kejahatan Tommy Thomas

 


5 KES KEJAHATAN TOMMY THOMAS

TS Shahrir Samad - Tok Uban semalam telah mengemukakan saman sivil ke atas Tommy Thomas, Latheefa Koya dan kerajaan Malaysia diatas pendakwaan jahat ke atas beliau sepanjang tempoh 5 tahun lepas. 

Saya telah menulis daripada tahun lepas lagi bahawa ini adalah langkah yang patut diambil oleh semua pemimpin UMNO yang telah didakwa oleh Tommy Thomas bagi membersihkan sepenuhnya imej parti. Selagi mana ia tidak dibuat, maka palitan gelaran kluster mahkamah akan terus kekal kepada parti mereka.

Malah UMNO sepatutnya mengambil tindakan dengan menubuhkan jawatankuasa / task force bagi membantu pemimpin-pemimpin mereka yang teraniaya. Bukannya membiarkan TS Shahrir dan yang senasib dengan beliau menanggung pula ratusan ribu ringgit yuran guaman bagi membersihkan nama sendiri dan parti 

Dah berkawan dengan PH tu cubalah belajar sikit cara bersolidariti. 

Saya bagi 5 contoh kes yang terang-terang menunjukkan salahguna kuasa dan kejahatan Tommy Thomas berdasarkan fakta dari kandang mahkamah sendiri:

1. Kes Tengku Adnan Tengku Mansor. Dibebaskan atas tuduhan rasuah RM2 juta pada 16 Julai 2021. Saksi pendakwaan dan pegawai penyiasat SPRM sendiri mengaku RM2 juta itu sebenarnya adalah sumbangan politik dan bukannya rasuah

2. Kes DS Zahid Hamidi. Dibebas tanpa dilepas daripada 47 pertuduhan pada 3 September 2023. Memo dalaman daripada Pejabat Peguam Negara pada tahun 2018 yang terbongkar beberapa minggu sebelum itu jelas menyatakan pertuduhan ke atas beliau adalah terlalu lemah dan tidak layak dibawa ke mahkamah. 

3. Kes Tan Sri Musa Aman. Dibebaskan daripada 46 pertuduhan rasuah pada 18 Oktober 2019 dan 9 Jun 2020. Dalam kes TS Musa, pendakwaraya memperakui bahawa tiada kes ke atas pemimpin ini. Malah walaupun didakwa sejak 5 November 2018, beliau tidak dibicarakan walau seharipun kerana pendakwaan sentiasa memohon penangguhan disebabkan tiada bukti baru

4. Kes DS Azeez Rahim. Dibebaskan atas 9 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada 22 September dan 8 Disember 2022. Saksi pendakwaan mengakui wang yang diserahkan kepada DS Azeez bukanlah rasuah sebaliknya sumbangan kemanusiaan yang telah digunakan bagi misi bantuan ke Filipina, Palestin, Thailand dan Mesir.

5. Kes TS Shahrir Samad. Dibebaskan pada 5 Januari 2023. Saksi pendakwaan mengakui bahawa siasatan ke atas TS Shahrir tidak lengkap, tidak cukup bukti tetapi Tommy Thomas telah mengarahkan agar kes itu tetap dibicarakan di mahkamah. 

Dalam 5 kes ini, hanya kes Tengku Adnan sahaja yang dibebaskan hasil keputusan mahkamah. 4 lagi dibebaskan selepas pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan apabila terdapat bukti-bukti baru yang bertentangan daripada pihak mereka sendiri.

Walaupun penarikan pendakwaan dalam 4 kes ini berlaku pada setiap zaman kerajaan iaitu PH1.0, PN dan Perpaduan, tetapi selagi mana tiada pembuktian mahkamah berkenaan kejahatan dan salahguna kuasa Tommy, maka selagi itulah persepsi rakyat bahawa mereka dibebaskan atas sebab 'bantuan luar' akan terus dimainkan.

Maka tindakan TS Shahrir ini adalah langkah contoh bagi membersihkan namanya dan nama partinya dengan sepenuhnya

Pendirian saya mudah. Kes-kes ini semua dibuat oleh Tommy. Maka sesiapa yang beriya-iya nak kes-kes ini terus berjalan dan terus menganiaya tertuduh ialah orang yang walak kepada Tommy Tomato.

Maka layaklah dipanggil Walauto


Oleh.  : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Post a Comment

0 Comments