Terkejut bila saya menonton dokumentari Man On The Run. Ada satu point besar dalam dokumentari ini yang memberi gambaran bahawa berlaku ketidakadilan serius dalam perbicaraan DS Najib Razak
Ketepikan sekejap usaha mengaitkan Najib dengan kes malang Kevin Morais dan Altantuya dalam dokumentari ini. Yang paling serius sebenarnya adalah kenyataan Tommy Thomas.
Apa yang Tommy sebut dalam dokumentari ini?
Tommy kata "What is never clear is the relationship between Najib and Jho Low.." (Apa yang tidak jelas dalam kes ini adalah hubungan sebenar Najib dan Jho Low)
Jadi isunya kalau hubungan antara Najib dan Jho Low tidak jelas, bagaimana pula Najib boleh didakwa di dalam kes SRC dan 1MDB?
Ini kerana keterangan-keterangan saksi pendakwaan seperti Joanna Yu jelas mengatakan beliau menguruskan kemasukan dana SRC ke akaun Najib atas arahan Jho Low.
Tidak ada satu pun bukti atau keterangan saksi yang mengesahkan wujudnya arahan daripada Najib untuk memasukkan wang SRC ke akaun peribadinya. Tak ada. Semuanya adalah arahan Jho Low belaka
Kalau hubungan tak diketahui dan motif pun tidak jelas, bagaimana Najib boleh dibicarakan pula?
Ini memberi gambaran bahawa pendakwaan ke atas Najib sebenarnya tidak sempurna tetapi dipercepatkan atas faktor-faktor luaran. Agar imej Najib dapat dirosakkan dan tubuhnya dikurung dalam penjara seberapa segera.
Betul Peguam Negara dalam Perkara 145(3) Perlembagaan mempunyai budi bicara sama ada mendakwa atau menggugurkan kes. Tetapi kata kunci di sini adalah 'budi bicara' dan bukannya 'ikut suka hati'
Budi itu maksudnya kebijaksanaan. Budi bicara secara umumnya memberi maksud pertimbangan selepas memperoleh segala maklumat dengan menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang ada.
Kalau siasatan tak selesai, motif tidak diketahui, saksi-saksi utama tidak dipanggil, bukti-bukti baru tidak mahu diambil kira, maka adakah masih wujud budi bicara?
Atau itu semua sebenarnya penyalahgunaan kuasa?
----
Sumber. : Abdul Rahim Hilmi Zakariya
0 Comments