Iklan

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN dekati golongan memerlukan

PETALING JAYA: Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ­(PTPTN) yang julung kali diadakan menjadi platform untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, program dengan kira-kira 100 peserta itu mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut mencemar duli menyertai aktiviti kayuhan ber­kenaan.

Katanya, baginda turut ber­kenan mengurniakan sumba­ngan kotak makanan kepada 18 keluarga asnaf.

“PTPTN juga menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan sumbangan akaun simpanan SSPN Prime kepada 24 orang anak yatim yang mana setiap seorang menerima RM100.

“Selain itu, turut diadakan penyampaian sumbangan Bantuan Pengajian Kementerian Pendidikan Tinggi Prihatin de­ngan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sumbangan tersebut diagihkan kepada 30 pelajar miskin tegar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dengan setiap seorang menerima RM500.

PTPTN turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan Kangsar.

Sementara itu, Bank Islam Malaysia Berhad menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. – UTUSAN

The post Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN dekati golongan memerlukan appeared first on Utusan Malaysia.



source https://www.utusan.com.my/berita/2024/01/kayuhan-sejuta-kasih-ptptn-dekati-golongan-memerlukan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kayuhan-sejuta-kasih-ptptn-dekati-golongan-memerlukan

إرسال تعليق

0 تعليقات