Iklan

Ambulans pun kena curi

Oleh – Syeikh Baran


Ambulans pun kena curi
Kenderaan yang dilarikan suspek dipintas berdekatan bulatan Bang Yi Ruea. – KHAOSOD

Seorang wanita warga Jepun melarikan sebuah trak pikap yang digunakan sebagai ambulans ketika anggota kecemasan bergelut memberi rawatan kepada pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.10 pagi (waktu tempatan) semalam, wanita berkenaan mencuri trak pikap yang diletakkan di hadapan Balai Polis Lumpini.

Ketika kejadian, sukarelawan daripada Yayasan Ruamkatanyu, Pisut Chukleang  sedang memberi rawatan awal kepada seorang lelaki warga asing yang cedera berhampiran balai polis berkenaan.

Enjin trak pikap yang digunakan sebagai kenderaan kecemasan itu dibiarkan hidup dan tidak berkunci.

Namun, sejurus selesai prosedur bantuan kecemasan, Pisut terkejut apabila mendapati kenderaan dinaikinya telah dicuri, lalu dia membuat laporan polis. 

Tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menahan suspek, manakala kenderaan yang dilarikan dipintas berdekatan bulatan Bang Yi Ruea.

Suspek wanita yang tidak tahu berbahasa Thai itu ditahan  di Balai Polis Lumpini, manakala penilaian lanjut mengenai keadaan kesihatan mentalnya akan dijalankan. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

The post Ambulans pun kena curi appeared first on My TV ONLINE.



source https://my-tv.online/2024/02/20/ambulans-pun-kena-curi/

إرسال تعليق

0 تعليقات