Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 juta.
Mereka didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd.
Syarikat yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov tahun lalu di Maybank cadangan Bandar Baru Bangi, Selangor.
Semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan dibacakan, Ahmad Akram Gharib selaku timbalan pendakwa raya di hadapan Hakim Anita Harun.
Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah, kedua-dua pihak bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta.
Separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya mesti dijelaskan sebelum 14 Mac depan.
Hakim Anita Harun kemudian menetapkan 14 Mac sebagai tarikh untuk sebulan kes tersebut.
Sebelum ini, 41 akaun bank bernilai RM15,868,762 milik badan itu dibekukan ekoran siasatan yang dibuat oleh SPRM.
SPRM dikatakan turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin.
Aman Palestin sebelum ini memberitahu SPRM ia adalah kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin.
Antara sasaran siasatan SPRM adalah penggunaan dana yang dikutip untuk membantu rakyat Palestin tetapi digunakan untuk perkara lain termasuk membuka syarikat media.
Ia termasuklah TV Pertiwi yang selalu digunakan untuk menyebarkan idealogi badan ini yang bernaung di bawah sebuah pertubuhan agama.
Hampir kesemua pemimpin Aman Palestin Berhad adalah bekas atau pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Pengerusi Eksekutifnya, Abdullah Zaik adalah bekas Presiden Isma.
Sumber : MalaysiaGazzette
0 تعليقات