Iklan

SANTAI Shaheizy Sam Belikan Lamborghini Untuk Ibu Di Mekah? [VIDEO]



Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan Keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.



“Ni Bukan Lamborghini, Tapi Lambertgini Jadinya”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Shaheizy Sam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 149 ribu, tanda suka sebanyak 9,532 dan sebanyak 55 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Shaheizy Sam bersama ibunya Khaty Fauzah di Mekah dengan menggunakan kerusi roda yang diumpamakan seakan kereta jenama mewah iaitu Lamborghini. Di khabarkan bahawa dia ke sana bersama isterinya iaitu Syatilla Melvin dan ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, ibu saya baru sahaja beli Lamborghini keluaran terbaru, bagaimana perasaan anda?”-Tanya Shaheizy Sam

“very good Alhamdulillah”-


Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka melihat gelagat anak beranak tersebut. Apa-apa pun, semoga sesiapa yang melihat video tersebut, diberi kesempatan untuk ke sana suatu hari nanti.

Sumber : My TV Online

Post a Comment

0 Comments