Satu ketika dahulu, rakyat dihasut meruntuhkan sebuah kerajaan.
Rakyat dijanjikan sebuah syurga yang mampu mengecapi semua impian yang diidamkan.
Umpama dihasut menebang semua pohon-pohon yang sudah punya hasil kerana menjanjikan pohon yang lebih lebat buahnya.
Rakyat dihasut yang kononnya kerajaan itu ditadbir oleh seorang insan yang bernama Najib Razak yang sangat hina pekertinya.
Dia digambarkan seumpama seorang perompak yang sangat kejam kerana menyiksa rakyat dan mempergunakan negara untuk kepentingan dirinya.
Dituduh melacurkan kehidupan rakyat demi memperkayakan dirinya dan keluarganya.
Lantas mereka menghasut rakyat supaya menjatuhkan si kleptokrat yang bernama Najib.
Rakyat percaya dengan kata-kata mereka.
Lantas rakyat mahu melihat manusia yang bernama Najib itu ditumbangkan dan disumbatkan di sebalik tirai besi.
Rakyat juga mahu melihat sebuah kerajaan baru yang mampu merealisasikan 1001 macam impian yang dihayalkan.
Ya, rakyat berjaya kerana suara rakyat adalah kuasa keramat.
Najib berjaya digulingkan.
Rakyat berjaya melihat insan yang dipandang hina dan keji itu dihumban ke penjara.
Rakyat bersorak gembira.
Berminggu lamanya rakyat meraikan kejayaan menyingkirkannya.
Apa Yang Rakyat Tanam, Itulah Hasil Yang Akan Di Tuai
Sebuah kerajaan baru terbentuk.
Kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang rakyat yakin boleh membina dan mengotakan impian dan harapan seribu mimpi.
Masa berlalu pantas.
Kerajaan yang baru dibina mahu memadam legasi yang dibina Najib.
Segala usaha yang pernah dan sedang dilaksana Najib dipadam hanya semata-mata kerana dendam.
Lantas banyak usaha pembangunan dihenti dan ditangguhkan.
Projek ECRL, ERL, MRT3, Bandar Malaysia, TRX, Highway Pan Borneo dan banyak lagi projek mega terhenti.
Keputusan drastik kerajaan baru itu mengejutkan rakyat.
Ramai dikalangan rakyat hilang pekerjaan.
Setelah 100 hari berlalu, rakyat menutut janji-janji yang dimateri oleh mereka yang menguasai kerajaan baru.
Anak muda, menuntut janji mereka memansuhkan hutang PTPTN yang ditanggung.
Banyak lagi janji-janji lain yang rakyat mahu mereka lunaskan.
10 ikrar HARAPAN yang perlu mereka tunaikan dalam tempoh 100 hari pertama mereka menjadi kerajaan.
Riaksi mereka terhadap tuntutan rakyat membuatkan rakyat jatuh terduduk.
MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI!!!
Itu respon mereka kepada rakyat.
Maksudnya, ianya sekadar impian, yang tidak semestinya ditunaikan.
Nafas dikalangan rakyat jadi sesak.
Kehidupan jadi terhimpit.
Bila pendapatan sudah terputus, rakyat kini berhadapan dengan satu cabaran baru yang menyiksakan.
Hutang tak mampu dibayar, sewa kediaman tertangguh, ansuran kenderaan, api, air, belanja harian keluarga, semuanya mana mahu dicari.
Kerajaan yang disandang oleh pihak yang menghasut rakyat masih teraba-raba.
Mereka cetek ilmu pentadbiran negara.
Riak mereka tidak ubah seperti tikus membaiki labu.
Kemelut yang rakyat hadapi dalam kehidupan, terpaksa ditanggung sendiri.
Kerajaan mengarahkan rakyat ikat perut kerana kerajaan tidak bersedia membantu merungkaikan tekanan kehidupan rakyat.
Para pelabur dalam dan luar negeri mula gulung tikar.
Para pelabur sangsi dengan kemampuan kerajaan baru menguruskan negara.
Ramai di kalangan rakyat mula sesal dengan apa yang berlaku.
Sudah Mula Rindukan Najib
Sudah enam tahun Najib dijatuhkan, negara masih terumbang ambing.
Negara hilang arah tuju.
Mereka yang rakyat angkat menjadi pemimpin masih sibuk tikam-menikam sesama mereka.
Rakyat mula jadi rindu zaman Najib.
Mana tidaknya, di ketika itu pendapatan rakyat stabil.
Tidak terbeban dengan komitmen yang ditanggung kerana ada pendapatan yang berpandanan dengan kelulusan dan ada karier yang terjamin.
Hidup kini penuh penyesalan.
Sesal kerana menjadi insan yang kufur nikmat.
Kesal dengan kebodohan diri yang begitu mudah percaya dengan fitnah dan persepsi buruk terhadap Najib.
Sesal kerana begitu yakin dengan janji bulan dan bintang oleh mereka yang berkepentingan.
Terasa tersangat berdosa dengan penganiayaan yang tersangat kejam terhadap Najib.
Apa yang berlaku kepada rakyat adalah satu kifarah yang harus ditanggung akibat dari kedangkalan diri sendiri.
Kini baru rakyat sedar.
Mana mungkin para penghasut dan penfitnah mentadbir negara?
Sumber : My TV Online
0 تعليقات