Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dengan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, masih belum surut lagi.
Dr Akmal mempertahankan kenyataan beliau bahawa Bak Kut Teh, makanan kegemaran orang Cina mengandungi daging babi.
Manakala Tiong King Sing pula menerangkan bahawa perkataan ‘bak’ dalam bahasa Hokkien bermaksud daging.
Mengapa Tiong King Sing menggunakan definisi bahasa Hokkien tetapi tidak bahasa Mandarin atau dialek bahasa Cina yang lain?
Kerana Bak Kut Teh telah diperkenalkan oleh orang Hokkien yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke 19.
Sangat menghairankan apabila Dr Akmal tetap mempertahankan maksud ‘bak’ adalah daging babi.
Apa yang Dr Akmal mahu buktikan?
Adakah beliau lebih Cina dari orang Cina sendiri?
Persoalan yang bermain di fikiran penulis adalah mengapakah Dr Akmal kelihatan dungu dalam isu Bak Kut Teh?
Dan mengapakah Tiong King Sin menjadi sasaran serangan beliau?
Mungkin ramai yang tidak menyedari, sebenarnya Dr Akmal bukan sendirian dalam melakukan serangan ke atas Tiong King Sing.
Ahli parlimen Masjid Tanah dari PPBM, Mas Ermieyati, juga adalah antara pemimpin yang sering melakukan serangan ke atas Tiong King Sing.
Mas Ermieyati akan sentiasa menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyerang Tiong King Sing.
Dalam isu Tiong King Sing membebaskan pelancung China di KLIA, Mas Ermieyati mendesak kerajaan supaya menggugurkan Tiong King Sing dari jawatan Menteri Pelancongan.
Dan bila timbulnya isu Bak Kut Teh, sekali lagi Mas Ermieyati menyerang Tiong King Sing.
Dr Akmal juga dilihat senada dengan Mas Ermieyati bukan sahaja dalam isu Bak Kut Teh, tetapi juga dalam isu yang berlaku di KLIA.
Apakah ianya satu kebetulan atau rancangan yang cuba diperlihatkan sebagai satu kebetulan?
Mengapa Tiong King Sing Menjadi Sasaran Serangan?
Pasca PRU 15, 2 buah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) paling lantang menentang kerjasama GPS dengan PN dan PAS.
Malah mereka telah berjaya mengumpulkan 26,000 tandatangan sebagai petisyen untuk menentang kerjasama tersebut.
Dan sekarang PSB dalam proses untuk bergabung dengan PDP di bawah lambang PDP.
Tiong King Sing pula adalah Presiden PDP yang menerajui parti PDP dan bekas ahli PSB.
Dalam artikata lain, apabila gabungan itu sudah menjadi kenyataan, PDP di bawah kepimpinan Tiong King Sing mempunyai suara yang lebih lantang dalam GPS.
Sudah pasti PPBM dan PAS melihat selagi Tiong King Sing menerajui PDP, hasrat mereka untuk menarik sokongan GPS adalah sesuatu yang sangat mustahil.
Tidak hairanlah mengapa Tiong King Sing menjadi sasaran serangan Perikatan Nasional.
Jadi, sebenarnya agenda perjuangan siapakah yang sedang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO?
Sumber : My TV Online
0 تعليقات