Iklan

Parti BERSATU dalam proses ‘self-destruction”



UMNO tidak perlu pun lakukan apa yang Parti Bersatu pernah lakukan terhadap UMNO , dengan sendiri nya Bersatu menuju kemusnahan hasil tangan sendiri.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana PaRTI Bersatu @ PPBM melalui ahli bertaraf pengkhianat UMNO, telah cuba menjahanamkan UMNO dari dalam semata mata mahu mencapai Hasrat Tun Mahathir supaya UMNO dipupuskan dan digantikan dengan Parti Bersatu lalu kemudian Mahathir  akan masuk menyelusup seperti pencuri untuk mengepalai PPBM.

Ahli UMNO yang tiada maruah telah menjual diri jiwa raga mereka berkerja untuk Mahathir dan Muhyiddin untuk mencapai Hasrat itu.

Mereka ini dikenali sebagai Kluster Broker.

Jika ditanya kenapa mereka bersikap begitu?

Hari ini baru lah ktia ketahui semua mereka ada kes yang diketahui oleh Mahathir dan Muhyidin dan akibat  takut untuk kena dakwa , hatta telah menjual jiwa mereka  dan sanggup berkonspirasi menjahanamkan UMNO melalui Presiden UMNO.

Dengan menggunakan kes kes yang direka oleh Mahathr terhadap Presiden UMNO, maka mereka dapat sembunyikan kejahatan mereka lalu yang dilihat hanyalah konon mereka berjuang melawan Presiden UMNO yang korap.

Ada diantara mereka juga tersenarai sebagai penerima dana yang Ahmad Zahid Hamid didakwa tetapi mereka terlepas.

Antara nama yang menerima dana yang boleh dianggap rasuah sama seperi Zahid adalah Hishamuddin Hussien, Khairy Jamaluddin , Muhyiddn Yassin dan Tun Mahathir sendiri.

Kenyataan terhadap nama nama ini disebut oleh pemberi duit itu sendiri didalam mahkamah.

Namun untuk Zahid ia menjadi rasuah dan untuk yang lan ia dianggap dana politik.

Berbalik semula pada tajuk diatas, kini Parti Bersatu berada didalam keadaan huru hara.

Tanpa UMNO perlu pasang kaki atau pengkhiahat, Parti Bersatu menghadapai masalah Enam Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Dengan kenyataan sokongan ini , telah terhapuslah permainan persepsi konon kononnya sudah cukup jumlah.

Sokongan Enam AP ini juga sekaligus menunjukan Presiden Bersatu yang digelumang banyak kes rasuah dan AMLA telah hilang kawalan terhadap parti sendiri.

Atas akibat Enam AP ini, Parti Bersatu terpksa buat usul untuk meminda perlembagaan Parti kepada RoS secara kalam kabut demi menyelamatkan keadaan.

Adakah Muhyiddin yang akan hanyut atau Parti Bersatu yang akan hanyut?

Jawaban nya ,kedua dua sekali akan hanyut.

Semua ini belum lagi diambil kira perpecahan yang akan terjadi apabila pemilihan parti Bersatu diadakan nanti.

Benarlah  kata kata mana mana parti yang ada sentuhan Mahathir akan hancur dan kini giliran Parti Bersatu pula.

Tanpa perlu gangguan UMNO, Parti Bersatu sedang melalui proses “Self-destruction”

Sumber : My TV Online

Post a Comment

0 Comments