Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara:
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) menerima aduan mengenai seorang individu warga asing yang menggunakan nama dan logo MKN, JPM untuk meminta dan menerima wang dari orang perseorangan atau organisasi bagi tujuan tertentu.
MKN, JPM menafikan sebarang lantikan wakil dan individu asing dalam menjalankan apa-apa kegiatan terutamanya melibatkan kutipan wang.
Jika anda telah menjadi mangsa penipuan ini, sila hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NRSC) di talian 997 untuk melaporkannya.
SUMBER:
0 Comments