Iklan

Penjawat awam, pesara terima bantuan raya. #MOFComms


Kira-kira 1.6 juta penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 setiap seorang sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, tahun ini.   

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka, dengan bantuan sebanyak RM250.   

Katanya, bantuan khas itu akan diberikan sebelum Jumaat depan.   


"Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1 bilion.   

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya," kata kenyataan itu, sebentar tadi.

-Berita Harian

إرسال تعليق

0 تعليقات