Sempena Hari Peneroka 2017 yang disambut hari ini, sukacita saya umumkan 6 insentif bagi menghargai sumbangan dan jasa peneroka yang berdiri teguh bersama Felda.
Pertama sekali, Kerajaan memperuntukkan RM519 juta bagi melupuskan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 untuk setiap peneroka yang telah memilih untuk menanam semula melalui Felda.
Kedua, Kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap keselesaan dan kebajikan peneroka Felda. Oleh itu, peneroka kini boleh membina lebih daripada 1 unit rumah dalam 1 tapak. Perkara ini telah dipersetujui oleh kerajaan negeri pada dasarnya.
Ketiga, Kerajaan juga akan memberi dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula sebanyak RM300 juta bagi tempoh 5 tahun bermula 2017 hingga 2021 bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000. Ini bermakna jika hutang bagi kos operasi tanam semula adalah RM60,000, sebanyak RM20,000 akan dilupuskan menggunakan peruntukan dana khas ini.
Keempat, sebahagian baki pinjaman saham FGV juga akan dilupuskan selari dengan usaha ke arah tadbir urus dan integriti yang lebih mantap. Sehingga kini, seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV akan dilupuskan baki pinjaman mereka dengan kadar ringgit ke ringgit manakala 1,626 peneroka yang telah habis bayar akan terima ganjaran tunai RM1,820. Inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM128.1 juta.
Kelima, peneroka juga bakal menerima geran khas tanam semula dengan kadar RM7,500 setiap hektar bermula tahun 2017 hingga 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia kepada Felda. Ini bakal melibatkan keluasan 24,280.31 hektar dengan peruntukan RM166.6 juta untuk 4 tahun akan datang.
Akhir sekali, peneroka-peneroka juga bakal menerima bayaran insentif khas bernilai RM5,000. Ini akan memanfaatkan 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh dengan peruntukan sebanyak RM474.78 juta. Insya-Allah, pembayaran akan mula dibuat penghujung Ogos ini.
1) NR Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154640688530952&id=157851205951
2) NR Twitter
https://twitter.com/NajibRazak/status/889015988099743748
https://twitter.com/NajibRazak/status/889021093582782465
https://twitter.com/NajibRazak/status/889023589755768833
https://twitter.com/NajibRazak/status/889025465272352768
https://twitter.com/NajibRazak/status/889026497490542592
https://twitter.com/NajibRazak/status/889027793064833025
#MOFComms
0 تعليقات