Iklan

Aku Janji Kerajaan Persekutuan: Memenuhi Aspirasi Belia


Aku Janji Kerajaan Persekutuan 2013 -2018 terus ditepati oleh kerajaan melalui usaha pembangunan dan inisiatif pelbagai kemudahan demi rakyat Malaysia.

Antaranya, kerajaan memenuhi aspirasi belia melalui program-program usahawan dan sukarelawan tertentu seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), 1Malaysia For Youth (iM4U), Yayasan Usahawan Baru (NEF) dan Tabung Modal MyCreative dalam melahirkan belia yang berkualiti di masa hadapan.

Kerajaan turut memfokuskan terhadap bidang sukan yang sangat berkait rapat dengan belia misalnya melalui Program Penyediaan Atlet Elit iaitu program latihan atlet secara terancang dalam tempoh yang panjang serta bersistematik dan ia juga merupakan persediaan buat atlet untuk bertanding di acara sukan besar dunia seperti Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

إرسال تعليق

0 تعليقات