Iklan

Hadi Kata Islam Dihina Zaman Tun M


Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang kata susah melaksanakan hukum Islam di bawah pentadbiran Top bekas PM Tun M dahulu berbanding sekarang dengan Najib Razak.

Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata Islam dihina dan hukum Islam diketepikan ketika bawah Tun M. “Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam,” kata Hadi.

Patutlah Tun M bengang sehingga sanggup memanggil Hadi “kafir”. Tapi Hadi enggan komen tentang panggilan itu dan sebaliknya berharap bekas PM itu akan “bertaubat”.

Rakyat pun mahu Tun M bertaubat untuk banyak kesalahan lampaunya  termasuklah memberhentikan geran untuk sekolah agama rakyat, mengutuk hukum Islam dalam lawak jenakanya serta mempersendakan ulamak.

إرسال تعليق

0 تعليقات