Dalam satu sesi sembang santai bersama rakan-rakan online yang terdiri daripada jurugambar dan personaliti media sosial popular tahun lalu, saya berpeluang melihat karya-karya mereka, dan berasa cukup kagum dengan kreativiti serta bakat mereka menunjukkan satu sisi Malaysia yang unik dan cantik, menerusi kaca mata mereka.
Bertitik-tolak dari situ, saya mencadangkan supaya satu platform khas diwujudkan bagi membolehkan mereka berkongsi bakat, kreativiti serta hasil kerja mereka.
Maka dengan itu, lahirlah #LensaNegaraku di laman 1Malaysia.com.my, di mana anak-anak muda cukup berbakat ini bukan sahaja berkongsikan foto-foto hasil karya mereka, tetapi lebih daripada itu, bagi membolehkan mereka berkongsi kepada semua keunikan dan keindahan Malaysia dari kaca mata dan lensa mereka.

#LensaNegaraku
#NegarakuKebanggaanku
#NegarakuKebanggaanku
0 Comments