Iklan

Kongsikan Hasil Karya Anda Di Ruangan #LensaNegaraKu

Dalam satu sesi sembang santai bersama rakan-rakan online yang terdiri daripada jurugambar dan personaliti media sosial popular tahun lalu, saya berpeluang melihat karya-karya mereka, dan berasa cukup kagum dengan kreativiti serta bakat mereka menunjukkan satu sisi Malaysia yang unik dan cantik, menerusi kaca mata mereka.


Bertitik-tolak dari situ, saya mencadangkan supaya satu platform khas diwujudkan bagi membolehkan mereka berkongsi bakat, kreativiti serta hasil kerja mereka.
Maka dengan itu, lahirlah #LensaNegaraku di laman 1Malaysia.com.my, di mana anak-anak muda cukup berbakat ini bukan sahaja berkongsikan foto-foto hasil karya mereka, tetapi lebih daripada itu, bagi membolehkan mereka berkongsi kepada semua keunikan dan keindahan Malaysia dari kaca mata dan lensa mereka.
Saya mengajak anda semua untuk sama-sama mengikuti pengembaraan mereka ini melalui laman www.1malaysia.com.my/lensanegaraku dan juga di Instagram 1Malaysia, semoga dengan itu kita dapat sama-sama lebih menghargai bumi bertuah Malaysia ini.
#LensaNegaraku
#NegarakuKebanggaanku

إرسال تعليق

0 تعليقات