Pakatan masih tidak dapat menamakan calon PM mereka kerana mereka masih tidak mempercayai sesama sendiri.
Anwar Ibrahim kini tidak mahu mendedahkan nama calon walaupun DAP dan Amanah nampaknya mahu Tun M sebagai calon PM.
PKR jelas tidak mempercayai Tun M, apatah lagi apabila bekas PM inilah yang menyumbat Anwar dalam penjara.
Terbaharu, Pakatan yang sepatutnya menamakan calon PM mereka Ahad ini di konvesyen mereka, kini berdolak-dalik. Semuanya berpunca daripada PKR dan Anwar Ibrahim.
Kalau Pakatan tidak mempercayai sesama sendiri, bolehkah rakyat mempercayai mereka?
0 تعليقات