Terbaharu, mata wang Malaysia Ringgit diunjur berlegar-legar sekitar paras 4.0 hingga 4.1 berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) bagi tahun 2018 dan pakar ekonomi berkata ia berpotensi mencecah pada 3.98.
Ini sekaligus mewujudkan pandangan positif terhadap nilai mata wang negara dan antara faktor galakan adalah pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal melebihi 5% serta peningkatan keuntungan bagi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata trend Ringgit yang semakin menaik sejak kebelakangan ini juga kerana aliran masuk dana pelabur asing ke dalam pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga mewujudkan permintaan terhadap Ringgit berbanding USD.
Mana pergi “pakar ekonomi segera” dikalangan pembangkang yang kata Ringgit akan lemah sehingga paras 5.0 berbanding dolar tahun ini? Terdiam semua.
0 تعليقات