Nampaknya segolongan pemimpin Pakatan mahu turunkan Anwar dari takhtanya sebagai ketua umum Pakatan.
Jika ini berlaku, 2 orang yang paling beruntung ialah Tun M dan Azmin Ali.
Tun M mahu buktikan kepada Umno bahawa dia satu ancaman serius yang tidak boleh di pandang remeh.
Mungkin dia berharap Umno akan mula mendengar cakapnya dan memenuhi semua permintaannya.
Tun M mungkin juga berfikir jika tanpa kerusi ketua Pakatan, ini susah berlaku untuknya.
Azmin pula sentiasa akan memainkan peranan No 2 dalam PKR jika Anwar masih berkuasa.
Jika dia boleh ketepikan Anwar, dengan senang dia boleh tewaskan Wan Azizah dan menjadi presiden PKR.
Dengan Anwar diturunkan dari takhtanya, kedua-dua mereka akan menjadi hampir “untouchable”.
Inilah sandiwara perebutan untuk menjadi calon PM Pakatan.
0 تعليقات