Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan seorang selebriti tergamak membuat aktiviti tak bermoral iaitu bertukar-tukar pasangan (swinger) untuk hubungan badan.
Dakwaan yang tersebar itu membuatkan ada segelintir memetik nama pelakon cantik molek, Emma Maembong.
Emma Maembong bagaimanapun enggan melatah atau melayan gosip tersebut memandangkan ianya tidak ditujukan buatnya dan suami.
Emma dan fitnah dah BFF

Kalau benda itu tidak ada kena mengena dengan Emma, saya tidak akan respon atau layan pun. Buat apa kita nak melatah? Benda kalau betul memang sudah viral daripada dulu lagi.
Saya sudah ada anak, saya tidak mahu anak saya membesar baca benda tidak elok. Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.
Pelakon kelahiran Terengganu ini berkata dirinya sudah lali dengan fitnah dan gosip sejak menceburkan diri dalam bidang seni sejak 12 tahun lalu.
Emma mengakui dia sering dilanda kontroversi dan fitnah dengan dirinya seolah-olah sudah bestfriend.
Namun, jika dakwaan tak benar ini berpanjangan, Emma tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah.
Sumber : My TV Online
0 Comments