Iklan

Emma Maembong Artis Melayu Dituduh Terlibat Aktiviti Tukar Pasangan?



Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan seorang selebriti tergamak membuat aktiviti tak bermoral iaitu bertukar-tukar pasangan (swinger) untuk hubungan badan.

Dakwaan yang tersebar itu membuatkan ada segelintir memetik nama pelakon cantik molek, Emma Maembong.

Emma Maembong bagaimanapun enggan melatah atau melayan gosip tersebut memandangkan ianya tidak ditujukan buatnya dan suami.



Emma dan fitnah dah BFF

Emma Maembong Artis Melayu Dituduh Terlibat Aktiviti Tukar Pasangan?
Kalau benda itu tidak ada kena mengena dengan Emma, saya tidak akan respon atau layan pun. Buat apa kita nak melatah? Benda kalau betul memang sudah viral daripada dulu lagi.
Pelakon ini enggan memanjangkan isu kerana dakwaan tidak ada kaitan dengan dirinya. Emma juga tidak mahu perasaan anak-anak terganggu apabila sudah bijak mencari di Google nanti.
Saya sudah ada anak, saya tidak mahu anak saya membesar baca benda tidak elok. Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.

Pelakon kelahiran Terengganu ini berkata dirinya sudah lali dengan fitnah dan gosip sejak menceburkan diri dalam bidang seni sejak 12 tahun lalu.

Namun, jika dakwaan tak benar ini berpanjangan, Emma tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah.

Sumber : My TV Online


إرسال تعليق

0 تعليقات