Menurut Kenyataan Akhbar Ketua Audit Negara:
Sebagai sebuah institusi audit Kerajaan yang berperanan dalam meningkatkan akauntabiliti dan tatakelola pengurusan wang awam, Jabatan ini memandang serius berhubung tohmahan berunsur fitnah yang dibuat oleh pihak yang sengaja ingin mencalarkan reputasi dan kredibiliti Jabatan ini serta institusi Kerajaan secara keseluruhannya.
Dalam hal ini, Jabatan ini ingin menegaskan bahawa kuasa dan tugas Ketua Audit Negara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62] sentiasa dijalankan dengan penuh amanah dan tanggunggjawab.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 14 Februari 2024. Dalam pada itu, Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang masih mengeluarkan kenyataan yang memburukkan reputasi, kredibiliti dan kewibawaan Ketua Audit Negara dan Jabatan ini.
0 تعليقات